Profile

Name : Saufi@bob d.o.b :22.02.## HomeTown:Kuala Lumpur Sex: Twice a week eh, salah, MALE, hehehe Still a hot & availabel bachelor, possesed a creative skill of creating songs an lyrics. Hobbies: Music, composing song and lyrics, Kung fu comics & manga. Bla bla bla
Tag Board
Calendar
Links
Credits
|
|
|
Feb 14, 2005
Bengong kejap. Citer ngantuk, cita2 dan duit...
Boring giler kat ofis ni. Bagus jugak akhirnya kurang sket keje aku. Malahan sepanjang minggu lepas takde pon keje untuk aku. Aku tengok2 balik kalendar lumba kuda yang aku dapat masa beli milo kat kedai ubat cina tu menunjukkan ada lebey kuang 3 minggu 3 hari lagi aku akan menamatkan sesi Latihan Praktikal kat Telekom ni. Aku sebenarnya tengah ngantuk ni. Jadi nak ilangkan ngantuk, aku pon tulis la sikit dalam blog yang dah lama aku tak update. Aku bajet korang mesti boring baca artikel yang sama. Aku ni bukan rajin macam pnut, shaira & dhiey tu yang sentiasa update ngan diorang punye blog. Aku ni dah la tak kreatif. Takde idea la nak kembangkan blog ni. Memula tu excited la, lelama bosan lak buat menatang blog ni. Ye la, bukan ramai yang nak tengok blog ni. Hehehehehe. Kalo ada yang tengok tu time kasih la. Tapi aku kekadang rasa rendah diri sangat tentang diri aku ni. Ishh, apa la aku merepek ni. Sebenarnya aku ngantuk dan sedikit ter'emosi' lak pagi ni. Tapi takpe. Hari sabtu ni bakal merubah hidup aku, dimana aku akan mengorak langkah mencuba sesuatu yang amat baru dalam hidup aku. Hehehehe. Aku nak try sejauh mana kemampuan diri aku Sabtu ini. Kalo aku lepas, maka tercatit la sejarah paling manis dalam hidup aku. Tapi kalo terkandas, nak kata apa. Dah nasib. Aku memang dah biasa dah berputih tulang dan berputih mata ni. Tapi yang penting aku terus mencuba dan mencuba dan mencuba. Aku ingat bapak aku kata 'People fail because not try and fail, but fail to try'. Entah betul ntah idak aku tulis ni. Tapi lebey kuang laa. Lagi satu aku teringat bapak aku kata pasal kehidupan ni. 'Money is not everything, but everything is money'. Hahahahaha. Memula aku tergelak mendengar nya. Tapi aku pikir2 balik, ada maksud yang tersirat di sebalik pepatah tu. Kira maksud keseluruhannya, belajar la betul2, nanti dapat result elok. Bila result elok, dapat la keje yang elok. Bila dapat keje elok, gaji mesti la elok. Bile gaji elok, dapat beli keta & umah elok. Bile sume elok,bole cari awek @ isteri yang elok. Dalam hidup ni, duit memang bukan segala2nya, tapi segala2nya perlukan duit. Nak makan, minum, kena ada duit. Nak duduk umah selesa kena ada duit. Buang sampah merata2 pon, kena duit tau ( ye la, kalo kena saman. Hehehe). Isi minyak motor kena duit. Sampai nak kencing masuk toilet kat Mines, kena pakai duit.Pendek kata, memang la tepat pepatah itu. Duit bukannya sumber kebahagiaan, tapi duit juga boleh membuat kan kita bahagia. Kalo aku banyak duit mesti ramai pompuan minat kat kau. Hahahahahaha. So, pendek kata, blajala betul2 utk dapat result yang cemerlang dan mendapat kerja di kompeni2 besar yang menawarkan gaji yang besar. Semua rezeki datang dari Tuhan, dan kembali kepada Tuhan. Kita merancang, Tuhan menentukan. Yang penting usaha, usaha, usaha, dan baru lah tawakal...
Posted at 05:55 pm by bob_iic22
Permalink
Jan 11, 2005
Pening! Tahun Baru, Cabaran Baru
Baru lah aku tahu keperitan kerja yang dialami oleh semua insan2 yang digelar pekerja. Aku di tahun baru ni akhirnya telah mendapat tugasan rasmi yang diberikan oleh bos aku. Sememangnya sangat 'tough' bagi aku sebab aku tak familiar dengan software yang digunakan, iaitu ColdFusion. Sekarang satu per satu tugas aku di siapkan dengan penuh kepeningan dalam kepala ni. Aku ni bukan lah orang 'lampi' tapi lebih kurang laa. hehehehe. Puas brader kat tempat aku ni ajar aku nak buat bende2 ni, tapi, payah aku nak faham 'term2' yang digunakan. Nampak sangat la ilmu aku sangat sangat sangat cetek dalam IT ni. Aku pun tertanya2 kenapa aku amek IT ni. Padahal pada mulanya aku memang tak pandai dalam bidang2 ni. Aku lebih minat bidang yang membabitkan communication skils. Aku memang langsung tak terfikir terjerumus ke lembah IT ni pulak. Apa agak nye nasib aku dalam bidang ni. Nak patah balik dah terlambat dah. Cakap ape pon tak guna. Sebelum aku masuk kolej, nak save dokumen dalam disket pon aku tak reti. hahahahaha. Ada la kot hikmah nye aku 'terambil' course IT ni. Aku masuk kolej ni pon sebab aku nak masuk UIA punye pasal.Kerana UIA aku sanggup memperjudikan masa depan aku dengan amek bidang IT ni. Skang ni aku dengar dari member2 aku kat UIA yang amek IT di sana, diorang beritahu yang IT kat situ terlalu baru dan kelamkabut. Better amek tempat lain. Camtu baik awal2 aku tak masuk IIC ni. Aduhhh. Aku tak sangka begitu 'complicated' nye IT ni dalam dunia sebenar. Diorang yang expert kat Telekom ni aku tabik abis la. Camne diorang boleh terror giler dalam IT ni. Programming la, database la, dan macam2 lagi. Aku belaja kat kolej pon tak macam ni punye pening. Ye la, mungkin aku masih mentah dan tak tau. Dah belajar sikit2 kat Telekom ni tau la aku. Tak banyak, sket pon jadilah. Kat kolej dulu tak pon belajar teknikal, teori je kejenye. Aku macam bernafas dalam lumpur lak bila diberi kerja. Terkontang kanting juga aku nak buat. Dah buat, asek2 error je kejenye. Apa laa nasib aku. Kena la struggle untuk belajar kat Telekom ni sebab praktikal ni ada markah. Aku ternyata terlalu 'budak' kat sini. Aku doa harap2 otak aku ni cepat la pikap pelajaran & segala kerja2 kat sini. Tercungap2 aku tengok coding die, dan nak buat tu mengambil masa la jugak. Segala2 nya memang culture shock bagi aku. Tak pe la, pasni aku nak try lagi buat task aku kat sini supaya dapat la pengalaman kerja dan ilmu2 yang serba canggih disini. Hai....bila lah nak abis praktikal ni......Sabar je laa......
Posted at 11:50 pm by bob_iic22
Permalink
Dec 27, 2004
Al-Fatihah. Belasungkawa dan Tragedi Tsunami
Hari ni (28th December 2004), aku kembali bertugas ke Telekom Jalan Pantai Baharu. Semalam aku bercuti kerana menggantikan cuti hari krismas. Ikutkan tak bole mintak. Tapi dah kow-tim ngan supervisor, dapat la aku bercuti. So, semalam aku pon balik ke Jalan Gombak utk menziarahi kawan2 aku yang dah lama tak jumpe. Tapi tak sampai 1/2 jam aku melepak, aku dapat panggilan dari ayah aku, yang memberitahu ada kematian di kampung (Melaka), makcik @ kakak ipar bapak aku meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru2. Allahyarhamah Zaiton Abdullah @ makcik aku di dapati pengsan di rumah nye pada hari Ahad (26th December) dan dikejarkan ke hospital besar melaka. Pada hari Isnin (27th December) pada jam lebih kurang 11.00 pagi, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital besar melaka. Setibanya kami sekeluarga tiba di rumah keluarga arwah di Kampung Paya Dalam, Bukit Nibong, pada jam 5.30pm, beliau telah selamat dikebumikan. Jadi, terkilan sedikit kerana tak sempat menatap wajah nye buat kali terakhir. Mak aku @ biras kepada arwah sedih sangat kerana arwah adalah antara birasnye yang paling kamceng. Kali terakhir kami berjumpa arwah adalah semasa hari raya hari tu. Masa raya tu beliau nampak agak kurus sedikit, tetapi sihat alhamdulillah gayanya. Tak menunjukkan sakit atau ape2. Boleh borak & gelak2 lagi. Memang sihat 100% la. Tapi arwah memang ada kencing manis & darah tinggi. Tapi takde la serius. Itulah orang kate, kalau dah ajal maut di tangan tuhan. Tak boleh nak di jangka. Janji tuhan ajal kita takkan cepat sesaat atau lambat sesaat. Semasa hidupnya, beliau ialah seorang isteri, ibu, nenek dan mak sedara yang disayangi. Beliau seorang yang baik hati dan ramah mesra setiap kali berjumpa. Orangnye tak lokek senyuman dan adik aku yang pompuan tu memang baik dengan anak bongsu arwah, yang sebaya dengan adik aku. Tapi pada hari kematian beliau, kami tak dapat nak tinggal lama di sana, kerana mak dan abang aku ada mesyuarat di sekolah mereka, almaklumlah nak bukak sekolah. Aku pulak, nak gi keje laa. Hanya ayah aku yang stay lama sket sebab dia tak keje, lagi pon pagi tu ayah aku baru balik dari Paris. Kematian ni menjadi pengajaran buat aku, yang ajal maut di tangan tuhan. Tak kira tua, muda, sihat, atau sakit. Sentiasa lah bersiap sedia dengan amal dan ibadah. Dan satu lagi ujian yang melanda negara kita, dimana beberapa negeri di semenanjung negara kita di landa tsunami ekoran gempa bumi bawah laut di sumatera. Sekali lagi kuasa tuhan nak memberi ujian pada hambanya. Di Malaysia pon lebih 80 orang terkorban, dan ramai yang cedera, kehilangan tempat tinggal dan ahli keluarga. Itu belum di Indonesia, Thailand & Sri Lanka. Bersama2 la kita insaf kan diri dan bersyukur kerana muka bumi Malaysia masih dilindungi oleh kepulauan sumatera. Bayangkan kalau tiada halangan di pulau sumatera, terus direct ke Malaysia, aku rasa bukan di Pulau Pinang saje, malah negeri2 lain turut merasa bahana nya tsunami dan mungkin lebih teruk dari sekarang dan mangsa yang terkorban pasti lah lebih dahsyat. Disini aku ambil kesempatan ini nak mintak tolong kat korang2 yang beragama Islam, menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah makcik aku & mangsa2 tsunami yang terkorban di negara kita dan seluruh dunia. ~Al-Fatihah~ Sekian, wassalam!
Posted at 06:01 pm by bob_iic22
Permalink
|
|